fbpx

Terengganu FC asah taring menentang Kelantan Red Warrior

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain baharu TFC, Yann Mabella (kiri) dijangka membuat penampilan pertama bersama pasukan malam ini. - Foto ihsan TFC

TERENGGANU  FC (TFC) akan memulakan aksi pemanas badan bagi menghadapi musim baharu Liga Super dengan menentang Kelantan Red Warrior (KRW) di Stadium Sultan Muhammad V, Kota Bahru pada malam ini.

Ketua jurulatih TFC, Badrul Afzan Razali berkata, pertemuan tersebut bakal menjadi medan awal buat barisan kejurulatihan skuad Sang Penyu untuk menilai prestasi dan kombinasi pemain tempatan. 

Beliau berkata, perlawanan persahabatan tersebut hanya membabitkan sepenuhnya pemain tempatan dengan pemain-pemain import hanya akan menyertai kelab minggu depan.

“Persediaan kami yang memasuki minggu ketiga setakat ini berada dalam keadaan terbaik. Sebahagian besar pemain juga menunjukkan peningkatan memberangsangkan. 

“Hanya dua pemain iaitu Aliff Zakaria dan Suhaimi Husin yang masih dalam proses pemulihan ekoran kecederaan dialami pada musim lalu,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Nerus semalam. 

Badrul Afzan berkata, selain menentang KRW, anak buahnya akan mengatur perlawanan persahabatan kedua menentang Penang FC pada Selasa depan di Kuala Terengganu sebelum memulakan aksi pramusim di Lembah Klang selepas itu.

“Kami juga akan mengadakan dua perlawanan persahabatan bertaraf antarabangsa dengan kelab dari Kemboja iaitu Svay Rieng FC dan Phnom Penh Crown FC masing-masing pada 15 Julai dan pada 18 Julai ini.

“Aksi persahabatan dengan PDRM FC dan UM Damansara United pula masing-masing pada 13 Julai serta  16 Julai ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI