fbpx

Tak jadi samun, dengar bunyi tembakan lari tak cukup tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGKAP layar rakaman CCTV menunjukkan empat lelaki bersenjatakan parang disyaki cuba melakukan samun ke atas tiga lelaki dipercayai berlaku di Johor.

JOHOR BAHRU – Cubaan empat lelaki bersenjatakan parang untuk menyamun penumpang sebuah kereta tidak berhasil apabila mereka terpaksa angkat kaki selepas salah seorang ‘mangsa’ melepaskan beberapa das tembakan.

Kegiatan jenayah itu dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) sebuah stesen minyak dipercayai di bandar raya ini sebelum tular dalam media sosial.

Kejadian dipercayai berlaku pada pukul 12.11 tengah malam semalam.

Rakaman CCTV berdurasi dua minit itu menunjukkan sebuah kereta jenis Honda Accord berwarna hitam berhenti di tempat letak kenderaan stesen minyak berkenaan.

Kelihatan beberapa orang awam berjalan menuju ke kedai serbaneka sebelum datang sebuah kereta Honda Accord berwarna perak yang berhenti di belakang Honda Accord berwarna hitam.

Empat lelaki bertopeng masing-masing bersenjatakan parang keluar dari kenderaan lalu memecahkan cermin kereta.

Difahamkan, terdapat tiga lelaki di dalam kenderaan terbabit.

Orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut segera lari untuk menyelamatkan diri.

Seorang penumpang kereta Honda Accord hitam melepaskan beberapa das tembakan ke arah penjenayah menyebabkan niat mereka terbantut.

Kesemua penjenayah tersebut segera angkat kaki untuk menyelamatkan diri. Sebahagian mereka menaiki kereta, manakala seorang lagi berlari menghala ke arah jalan utama.

‘Mangsa’ kemudian dilihat keluar dari kenderaan bagi memastikan suspek beredar sebelum masuk semula ke dalam kereta dan mengejar kenderaan penjenayah terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI