PETALING JAYA – Jenama air mineral semula jadi, Spritzer melancarkan kempen berskala nasional bertemakan ‘Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing’ baru-baru ini.
Majlis itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, di ibu negara menjelang sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Spritzer berkata, berteraskan konsep ‘healing’, kempen itu menggalakkan orang ramai kembali mendekati alam semula jadi, meneroka keindahan budaya dan menemui keseimbangan serta gaya hidup sihat melalui pelancongan domestik.
“Sepanjang Jun hingga Julai 2025, ‘Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing’ akan menampilkan rancangan kembara enam episod, seni interaktif, media sosial dan pemasaran kandungan.
“Ia juga menginspirasi gerakan nasional ke arah pelancongan ‘healing’ dan lestari sambil mengukuhkan Spritzer sebagai peneman terbaik yang menghidrasi dengan mineral semula jadi menyegarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Spritzer, kempen tersebut menyasarkan individu yang berusia 20 hingga 40 tahun.
Spritzer juga berhasrat untuk menarik pelancong antarabangsa yang mengutamakan pelancongan lestari dan pengalaman budaya tempatan.
“Selaras dengan keperluan pelancongan masa kini, jenama ini memupuk imej yang lebih mesra dan dekat di hati menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya. – KOSMO! ONLINE