fbpx

Solat Jumaat pertama di lebuh raya ‘Surau Madani’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imam 1 Masjid Pekan Labu Batu 10, Shafie Rajiman, menjadi imam ketika solat Jumaat di Surau Madani di kawasan R&R Seremban arah selatan, hari ini. - Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN / KOSMO!

SEREMBAN – Buat julung kalinya solat Jumaat didirikan di Surau Madan, Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah selatan di sini sekali gus melakar sejarah sebagai surau pertama mendapat kebenaran menunaikan ibadah itu hari ini.

Kira-kira 300 jemaah menunaikan solat Jumaat pertama itu yang mana 60 daripada mereka merupakan permastautin tetap dan pekerja, manakala selebihnya adalah pengguna lebuh raya.

Jumlha jemaah hari ini melebihi kapasiti kemudahan surau berkenaan yang mampu menampung 150 jemaah pada satu-satu masa dengan surau perempuan turut digunakan untuk solat Jumaat.

Pengarah Urusan Plus Malaysia Berhad (Plus), Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, ini merupakan detik bersejarah bagi Plus dan industri lebuh raya dengan kejayaan pelaksanaan solat Jumaat pertama di kawasan R&R.

“R&R Seremban dipilih selepas mengambil kira beberapa faktor selain kebenaran daripada pihak berkuasa agama.

“Kami perlu berbincang dengan jabatan agama untuk melihat semua keperluan untuk menunaikan solat Jumaat, tidak boleh dilaksanakan sewenang-wenangnya,” katanya ketika ditemui di Surau Madani hari ini.

Menurut Nik Airina, kemudahan surau yang besar di R&R Seremban mampu menampung pengguna lebuh raya selain mengambil kira bilangan pekerja yang bermaustatin sebelum memutuskan untuk melaksanakan solat Jumaat.

Surau itu diberikan kebenaran mendirikan solat Jumaat selepas pengisytiharan disempurnakan Mufti Negeri Sembilan, Prof. Madya Datuk Dr. Faudzinaim Badaruddin kelmarin.

Sementara itu, Pengerusi Surau Madani yang juga pemilik Kodai Hijau, Alias Jaafar, 53, berkata, dengan adanya surau tersebut tiada lagi alasan bagi dirinya dan pekerja lain untuk tidak menunaikan solat Jumaat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI