fbpx

Penumpang kencing dalam pesawat, polis tunggu di landasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat EasyJet terpaksa melakukan pendaratan cemas selepas penumpang membuang air kecil di lorong pesawat. - ALAMY

LONDON – Sebuah penerbangan EasyJet menuju Tenerife terpaksa mendarat cemas selepas seorang pelancong Britain membuang air kecil di lorong tempat duduk pesawat, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Kru penerbangan menghubungi polis selepas lelaki itu bertindak agresif dan mengganggu penumpang lain.

Insiden tercetus dalam penerbangan EasyJet EZY6607 dari Birmingham ke Tenerife South pada minggu ini. Pasukan polis dan perubatan menunggu berhampiran pesawat selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Tenerife.

Pihak berkuasa Lapangan Terbang Tenerife bekerjasama dengan kakitangan keselamatan untuk menghadapi sebarang kemungkinan susulan gangguan tersebut.

“Kru penerbangan memaklumkan pihak berkuasa semasa dalam penerbangan mengenai kelakuan ganas seorang penumpang,” kata seorang jurucakap lapangan terbang Tenerife.

Bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai keadaan penumpang tersebut atau apa yang berlaku selepas itu.

Kawalan trafik udara memberi keutamaan kepada pesawat itu untuk mendarat segera di Lapangan Terbang Tenerife South. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI