fbpx

Pengarah didakwa pecah amanah, lupus kepala lori bernilai RM150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAHELA diiringi pegawai SPRM ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru bagi hadapi pertuduhan pecah amanah melupuskan kepala lori bernilai RM150,000.

JOHOR BAHRU – Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah melibatkan pelupusan harta syarikat berjumlah RM150,000, bulan lalu.

Tertuduh, Sahela Abdul Rahim, 41, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu telah secara tidak jujur menyebabkan seorang ejen melupuskan harta iaitu tiga buah kepala lori jenis Scania milik syarikat pengangkutan berjumlah RM150,000.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor di Taman Daya, di sini pada 10 Jun lalu.

Kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Muhammad Asraf Mohamed Tahli
manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Azwad Sariman.

Pihak pendakwaan mencadangkan kepada mahkamah agar tertuduh diikat jamin dengan bayaran RM50,000. Khairul Azwad memohon agar diberikan jaminan yang minimum atas alasan anak guamnya merupakan seorang ibu kepada tiga anak yang masih bersekolah dan berpendapatan RM4,000 sebulan.

Menurutnya, siasatan terhadap kes berkenaan telah bermula sejak tahun lalu dan tertuduh memberikan kerjasama termasuk hadir memberi keterangan kepada SPRM setiap bulan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dan menetapkan 19 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI