fbpx

Pedro sah milik Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEDRO sah menjadi pemain baharu Chelsea dengan kontrak selama lapan tahun selepas melengkapkan perpindahan dari Brighton. - AFP

LONDON – Chelsea mengesahkan pembelian penyerang Brazil, Joao Pedro dari Brighton dengan nilai mencecah £60 juta (RM346 juta), sekali gus menyaksikan pemain itu menandatangani kontrak selama lapan tahun.

Pemain berusia 23 tahun itu dijangka menyertai skuad ke Piala Dunia Kelab dan bakal diturunkan dalam aksi suku akhir menentang Palmeiras pagi esok selepas melengkapkan ujian perubatan di Amerika Syarikat.

Penyerang versatil itu menjaringkan 30 gol dalam 70 penampilan bersama Brighton dan mampu beraksi di posisi sayap kiri, penyerang kedua dan penyerang utama sekali gus sesuai dengan kehendak taktikal pengurus, Enzo Maresca.

“Semua orang tahu ini kelab besar dengan sejarah gemilang. Bila anda menjadi pemain Chelsea, satu perkara saja yang patut difikirkan adalah menang,” kata Joao.

Joao turut mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Brighton di Instagram dengan menyifatkan dua tahun bersama kelab itu sebagai pengalaman yang penuh penghargaan dan kenangan manis.

Sementara itu, pengurus Brighton, Fabian Hurzeler menyokong perpindahan itu dan menyifatkannya sebagai langkah baik untuk semua pihak, memandangkan saingan posisi serangan di kelab itu masih kukuh.

“Ini peluang buat Joao bermain dalam Liga Juara-Juara dan kukuhkan tempat dalam skuad Brazil menjelang Piala Dunia. Ia keputusan yang sangat masuk akal,” kata Hurzeler.

Chelsea sebelum ini turut mendapatkan Liam Delap sebagai persaingan kepada Nicolas Jackson dan masih berunding untuk membawa masuk Jamie Gittens dari Borussia Dortmund, sementara beberapa pemain seperti Christopher Nkunku, Joao Felix dan Noni Madueke terbuka untuk dijual. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI