fbpx

Nik Nazmi kongsi lirik lagu Green Day ‘Time Of Your Life’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi memuat naik gambar beliau bersama kakitangan NRES.

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad memuat naik lirik lagu kumpulan Green Day bertajuk ‘Time Of Your Life’ di laman media sosial hari ini.

Beliau berkongsi lirik lagu itu dalam satu hantaran bagi mengulas peletakan jawatannya sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) yang berkuat kuasa hari ini.

“Terima kasih memberi saya peluang menjadi menteri di pejabat ini. Muda (dan jiwa muda), penuh dedikasi.

“Terima kasih kerana memahami pilihan sukar ini. Acapkali keputusan yang betul adalah keputusan yang sukar,” katanya.

Pada 28 Mei lalu, Nik Nazmi memaklumkan beliau telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkuat kuasa 4 Julai 2025.

Keputusan tersebut diambil berikutan kekalahannya dalam mempertahankan jawatan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI