fbpx

Murid mengadu pada guru ‘disentuh’ bapa tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK diiringi anggota polis ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Jasin, Melaka bagi mendapatkan perintah reman. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAN TAZALI / KOSMO!

JASIN – Seorang pemotong rumput warga Pakistan direman lima hari bermula hari ini selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan yang juga anak tirinya berusia 10 tahun.

Perintah reman sehingga 8 Julai itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Jasin, Mazana Sinin terhadap suspek lelaki berusia 39 tahun itu bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.

Menurut sumber, kejadian terbongkar pada Rabu selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada gurunya.

“Guru itu kemudian menghubungi pengadu iaitu ibu mangsa berusia 54 tahun dan memaklumkan kanak-kanak itu telah menceritakan dia dirogol dan dicabul bapa tirinya pada Februari lalu.

“Mangsa mendakwa kejadian berlaku pada waktu tengah hari ketika dia mahu menonton televisyen di ruang tamu sebelum bapanya itu memanggilnya dan menyuruhnya membuka seluar,” katanya.

Sumber berkata, mangsa juga memberitahu ibunya bahawa bapa tirinya sering menyentuh bahagian tubuhnya yang lain.

“Hasil pemeriksaan di Hospital Melaka bagaimanapun mendapati tiada kesan koyakan pada kemaluan mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) AKSTK 2017,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI