fbpx

MotoGP: Aprilia cari pelumba baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BASTIANINI mungkin menjadi pilihan Aprilia sekiranya Martin membuat keputusan meninggalkan pasukan itu. - AFP

ROM – Pasukan Aprilia dikatakan sudah menghubungi pelumba Itali, Enea Bastianini sebagai pelan ‘kecemasan’ sekiranya juara dunia MotoGP, Jorge Martin membuat keputusan meninggalkan pasukan itu bagi musim 2026.

Menurut laporan, Aprilia telah mula merangka ‘pelan B’ susulan kemelut kontrak bersama Martin yang mendakwa mempunyai klausa khas untuk meninggalkan pasukan lebih awal walaupun terikat kontrak sehingga 2026.

“Perbincangan awal dengan Bastianini sudah berlaku, namun perpindahan hanya akan direalisasikan jika Martin sah meninggalkan pasukan,” kata sumber laporan tersebut.

Bastianini kini bersama Tech3 KTM selepas kehilangan tempat di pasukan kilang Ducati kepada Marc Marquez, namun prestasinya terus merudum musim ini dan hanya mampu mencatat tempat ketujuh terbaik di Litar Austin.

Aprilia juga bukan satu-satunya pasukan yang berminat untuk mendapatkan pelumba berusia 27 tahun tersebut kerana Pramac Yamaha turut dikaitkan dengan Bastianini bagi musim depan.

Dalam pada itu, ketegangan terus memuncak antara Martin dan Aprilia apabila CEO Aprilia, Massimo Rivola memberi bayangan sanggup mengheret isu tersebut ke mahkamah.

Martin yang kini cedera dan terlepas aksi di Sachsenring, dijangka kembali beraksi di Brno sebelum musim berehat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI