fbpx

Militan Bangladesh: Aktif setahun lalu, tiada rakyat Malaysia terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khalid pada sidang akhbar di Menara 1 Bukit Aman, hari ini. - Foto oleh ISKANDAR ISHAK / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail mengesahkan tiada rakyat Malaysia dalam Gerakan Militan Radikal Bangladesh (GMRB) yang ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) baru-baru ini.

“Siasatan mendapati tiada rakyat Malaysia terlibat dalam gerakan ini yang dipercayai aktif sejak setahun lalu,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Menurut beliau, Malaysia bukan negara sasaran atau transit untuk melaksanakan aktiviti keganasan, sebaliknya destinasi untuk mencari pekerjaan sebagai buruh di kilang, sektor pembinaan dan perkhidmatan.

“Wang yang dikumpul akan disalurkan ke luar negara menggunakan aplikasi e-dompet selain perkhidmatan penghantaran wang antarabangsa,” katanya.

Seramai 36 individu berusia 25 hingga 35 tahun ditahan dengan lima daripada mereka sudah didakwa mengikut 6A Kanun Keseksaan.

Seramai 16 lagi individu ditahan di bawah Akta Langkah-Langkah Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). baki 15 lagi suspek akan dihantar pulang ke negara asal.

“PDRM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Bangladesh dan polis antarabangsa (Interpol) untuk siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI