fbpx

JKM sedia jaga mangsa ‘disentuh’ kekasih ibu – Nancy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi jaminan bahawa keselamatan dan kebajikan mangsa jenayah seksual khususnya kanak-kanak akan diberi perhatian penuh.

Ini susulan kes seorang peniaga nasi lemak yang didakwa merogol anak teman wanitanya baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kes seumpama itu amat membimbangkan dan tidak boleh dikompromi dalam masyarakat yang menghargai maruah serta keselamatan kanak-kanak.

“Saya ingin tegaskan bahawa perlindungan kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama yang mesti diberi perhatian serius.

“Jika tiada ahli keluarga yang sesuai atau berupaya menjaga mangsa, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersedia ambil alih tanggungjawab penjagaan sementara bagi memastikan kebajikan dan keselamatan mangsa terjamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selain perlindungan fizikal, aspek sokongan psikososial juga penting bagi membantu pemulihan emosi dan mental mangsa.

Dalam masa sama, beliau menyeru orang ramai agar tidak berdiam diri dan segera melaporkan sebarang bentuk penderaan atau pengabaian kanak-kanak.

Sebarang maklumat berkaitan penderaan atau pengabaian boleh dilaporkan kepada Talian Kasih 15999 atau mana-mana pejabat JKM berhampiran.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuan kekasihnya berusia 12 tahun tahun lalu.

Tertuduh Azman Hasim, 61, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.

Di mahkamah sama, ibu kandung mangsa yang berusia 37 tahun turut mengaku tidak bersalah atas dakwaan bersubahat dalam kes sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI