JAKARTA – Sebuah lori di Indonesia menerima kecaman orang ramai kerana membawa muatan tilam toto yang bertindan terlalu tinggi sehingga kelihatan seperti ‘gunung bergerak’, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @officiallambeturah memaparkan beberapa pekerja sedang menyusun tilam dan mengikatnya dengan tali pada belakang lori.
Selain melebihi ketinggian lori, badan dan tayar kenderaan itu juga kelihatan mendap.
Rakaman itu mencatatkan lebih 90,500 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Mereka tidak fikirkan keselamatan orang lain! Yang penting muatan sampai ke destinasi,” kata seorang netizen.
“Tutorial menyusahkan hidup orang lain,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI