fbpx

Lima suspek kes sorok pil kuda dalam najis lembu disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mat Zani (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian pil kuda yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Pasir Mas, Pasir Mas semalam. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

PASIR MAS – Lima suspek termasuk pasangan suami isteri yang ditahan selepas dipercayai terlibat kegiatan pengedaran dadah jenis pil kuda seberat 35.4 kilogram (kg) dengan nilai RM5.04 juta pada minggu lalu disambung reman tujuh hari.

Perintah reman terhadap kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 25 hingga 39 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Azmi bermula esok hingga 11 Julai.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, kesemua suspek sebelum ini sudah ditahan reman tujuh hari bermula 28 Jun lalu.

Menurutnya, permohonan lanjutan reman itu dijalankan bagi melengkapkan siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kosmo! Online semalam melaporkan, taktik licik sepasang suami isteri yang merupakan pemilik sebuah kedai makan menyembunyikan dadah jenis pil kuda seberat 19.86 kg di dalam timbunan najis lembu di sebuah kandang di Kampung Bukit Tunku, di sini, terbongkar dalam enam siri serbuan, minggu lalu.

Dadah itu dirampas selepas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menahan seorang lelaki berusia 34 tahun semasa memandu sebuah kereta jenis Perodua Axia di Jalan Gajah Mati Banggol Chicha pada 27 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI