fbpx

‘Kurang ajar, dia buang makanan pelanggan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian seorang pengawal keselamatan membuang makanan milik seorang pelanggan di sebuah kondominium.

PETALING JAYA – ‘Dia buang makanan amoi tu, kurang ajar betul.’

Demikian luahan seorang lelaki dipercayai ‘rider’ sebuah syarikat penghantaran ketika melihat tindakan seorang pengawal keselamatan membuang makanan milik seorang pelanggan di sebuah kondominium.

Berdasarkan klip video yang dikongsi pengguna dikenali sebagai Paktam Perus, kelihatan pengawal keselamatan itu membuang makanan berhampiran kawasan semak berdekatan kondominium berkenaan.

“Kurang ajar punya warga asing, harap companynya (syarikat) ambil tindakan pekerja macam ni,” tulis pengguna terbabit.

Difahamkan kejadian itu dirakam di sebuah kondominium di Sri Petaling, Kuala Lumpur, namun tidak dapat dipastikan bila kejadian itu berlaku.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mengecam tindakan pengawal keselamatam terbabit.

“Tu nama kurang ajar punya ‘security’ warga asing, panggil imgresen tangkap hantar balik je, aku pun rider jugak, tu jangan bagi muka dengan warga asing tinggal kat Malaysia,” komen Mohd Azri Mohd Azri.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Megat Fikri Azim.

“Sini memang tempat paling puaka paling kurang ajar punya management (pengurusan) dengan guard (pengawal). Rider beratus kali bergaduh, terbaru minta lesen hidup letak dekat guard, lepas tu baru dapat kad access,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI