fbpx

Kelas khas murajaah hafazan al-Quran di setiap IPMA – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi

PETALING JAYA – Semua 344 Institusi Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan diwujudkan kelas khas murajaah (ulangkaji) hafazan al-Quran.

Pengerusi Mara, Datuk Seri Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi memastikan keseimbangan antara akademik, teknikal dan kelestarian hafazan al-Quran dapat diperkasa dan dipelihara.

“Kelas khas ini untuk para huffaz yang mengikuti program-program akademik dan teknikal di Institusi Pendidikan Mara (IPMA). Seringkali para pelajar yang telah khatam hafazan Quran lupa apa yang telah dihafal.

“Program seperti ini penting untuk memastikan kelangsungan dan kelestarian hafazan para pelajar huffaz supaya mereka tidak lupa apa yang telah dihafal,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, misi dan visi yang digariskan melalui Dasar Tahfiz Negara yang menyasarkan melahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang 2050 perlu direalisasikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI