fbpx

Jumpa kamu di mahkamah – Steven Sim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven

PETALING JAYA – Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong menempelak seorang pemimpin Pas kerana didakwa cuba mencipta persepsi bahawa pusat khidmatnya tidak beroperasi.

Steven Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, pemimpin PAS itu mendakwa telah dua kali ke pusat khidmatnya semalam, namun pintu pejabat tidak dibuka.

“Pemimpin PAS itu berkata, tujuan dia datang ke pejabat saya pada 3 Julai untuk menyerahkan LOD (surat tuntutan) dan minta saya mohon maaf. Walaupun pagi ini saya tak jumpa apa-apa LOD di pejabat, tapi ini tetap jawapan saya kepadanya.

“Adat berkunjung, harus memaklum, Adat bertandang, elok dijemput; Kilat bersabung, hujan pun belum, Tuan memberi, saya menyahut. “See you in court!”,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Steven Sim berkata, beliau sentiasa mengalu-alukan semua pihak yang mahu melawat ke pejabatnya termasuk individu daripada Pas yang datang memohon bantuan.

Bagaimanapun, katanya, semalam beliau dan kakitangan pusat khidmatnya menghadiri pengkebumian datuk kandungnya bagi memberi penghormatan terakhir.

Justeru, beliau melahirkan kekesalan kerana pemimpin Pas tersebut didakwa cuba mengambil kesempatan bermain politik tatkala beliau dan keluarga sedang bersedih.

“Namun, ini bukan kali pertama pemimpin Pas itu mencipta persepsi yang bukan-bukan. Sebelum ini dia telah memuat naik gambar pelantikan Leftenan Jeneral Datuk Johnny Lim.

“Membuat provokasi perkauman konon satu hari nanti mungkin orang Cina akan jadi Perdana Menteri Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI