fbpx

JDT bakal hadapi naib juara ACL 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT diundi dalam Kumpulan B Kejuaraan Kelab Asean 2025/2026 bersama naib juara ACL 2, Lion City Sailors FC.

PETALING JAYA – Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim bakal berdepan naib juara Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) yang juga kelab gergasi Singapura, Lion City Sailors FC selepas kedua-dua pasukan berada dalam Kumpulan B Kejuaraan Kelab Asean 2025/2026.

Menerusi undian yang berlangsung di Bangkok, Thailand hari ini, JDT yang menjuarai Liga Super sebanyak 10 kali berturut-turut akan bersaing dengan empat lagi pasukan iaitu Bangkok United dari Thailand, Nam Dinh FC (Vietnam), PKR Svay Rieng FC (Kemboja) dan satu pemenang aksi playoff.

Dengan kualiti yang ada pada Harimau Selatan, JDT dijangka bakal muncul antara dua pasukan terbaik dari Kumpulan B sekali gus mara ke separuh akhir kejohanan itu.

Satu lagi wakil negara, Selangor FC berada dalam Kumpulan A bersama-sama juara bertahan Buriram United, satu lagi kelab Thailand, BG Pathum dan pasukan handalan Liga Vietnam, Cong An Hanoi FC, Tampines Rovers (Singapura) dan pemenang aksi playoff.

Kempen saingan ini dijadual bermula pada 8 Ogos depan dengan aksi playoff babitkan empat pasukan iaitu DH Cebu (Filipina), Ezra FC (Laos), Shan United (Myanmar) dan Kasuka (Brunei). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI