fbpx

Ibu subahat biar teman lelaki noda anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-dua tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Ampang hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

AMPANG – Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuan teman wanitanya berusia 12 tahun di sebuah rumah tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 61 tahun yang juga peniaga nasi lemak membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Norshila Kamarudin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di sebuah rumah, Taman Seraya di sini pukul 4 petang pada pertengahan tahun 2024 yang didakwa mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 376(1) kanun sama.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara boleh sampai 20 tahun dan boleh dihukum dengan hukuman sebatan.

Dalam mahkamah sama, seorang lagi tertuduh wanita berusia 37 tahun yang juga ibu kandung kepada mangsa turut mengaku tidak bersalah bersubahat dalam kes rogol mangsa yang didakwa membabitkan Azman pada tempat, waktu dan tahun sama.

Bagi kesalahan itu, wanita yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang turut memperuntukkan hukuman sama.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin tidak menawarkan jaminan terhadap kedua-dua tertuduh.

“Tertuduh lelaki mempunyai hubungan dengan ibu mangsa dan dikhuatiri ada gangguan. Pendakwaan juga tidak menawarkan terhadap ibu mangsa kerana mangsa menetap bersama ibunya. Namun difahamkan mangsa kini sudah tinggal berasingan bersama mak ciknya,” kata Muhammad Hairuliqram.

Semasa prosiding, kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam dan turut memakluman tiada ahli keluarga atau penjamin yang hadir ke mahkamah.

Hakim Norshila kemudian menetapkan 7 Ogos ini bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki warga emas ditahan bersama teman wanitanya kerana disyaki merogol anak wanita itu yang kini berusia 13 tahun, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail, berkata siasatan mendapati kejadian rogol itu disaksikan ibu mangsa.

Menurut Mohd. Azam, mangsa melarikan diri dan melaporkan kepada polis selepas mendapat tahu perbualan antara ibunya yang mahu berjumpa dengan lelaki itu di sebuah hotel sekitar ibu negara.

Ia yang mana perbualan itu menunjukkan niat teman lelaki ibunya mahu merogol dan dibenarkan oleh ibu mangsa sendiri.

Hasil siasatan lanjut mendapati mangsa pernah dirogol teman lelaki ibunya pada 2024 yang disaksikan oleh ibunya sendiri.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis menahan ibu mangsa manakala teman lelakinya ditahan pada hari sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI