fbpx

Hilang pendapatan RM3,000 sekelip mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasmi bersama anaknya, Edde Emran yang terlantar sakit di rumah mereka Parit Gantong, Kampung Parit Rambai, Pontian.

PONTIAN – Anak bongsu yang selama ini membantu perbe­lanjaan harian keluarga kini ha­nya mampu terlantar di atas katil selepas menghidap penyakit saraf sejak Februari lalu.

Ibunya, Kasmi Tulos, 68, juga terpaksa berhenti kerja di sebuah kilang biskut di Batu 34, Jalan Johor Bahru-Pontian sejak anaknya, Edde Emran Asrani, 43, diuji dengan penyakit itu.

Kasmi berkata, anak bongsu dua beradik itu sebelum ini ber­kerja sebagai pembantu pemandu lori penghantar barangan ke Singapura dengan pendapatan kira-kira RM3,000 sebulan.

Bagaimanapun, pada 2 Februari lalu, ketika dalam perjalanan balik ke Johor Bahru, muka anaknya tiba-tiba pucat dan berpeluh sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Gelang Patah sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.

“Selama sebulan dia dirawat di HSA dan tidak mampu bergerak sebelum dibawa ke rumah anak sulung saya di Kuantan.

“Selama tiga bulan di Pahang, anak saya melakukan 18 kali fisio­terapi dan berjaya memulihkan anggota badannya, namun dua belah kakinya masih tidak dapat bergerak,” katanya di rumahnya di Parit Gantong, Kampung Parit Rambai di sini.

Dia bersyukur anaknya boleh makan makanan seperti biasa biarpun terpaksa menggunakan lampin pakai buang.

Katanya, memandangkan ha­nya mereka berdua tinggal di rumah peninggalan arwah suaminya, dia tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga Edde Emran.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh meng­hubungi Kasmi Tulos di talian 011-1755 7256 atau Edde Emran (017-703 1770) atau menerusi akaun RHB 151290-0003129-7.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI