fbpx

Hantaran terakhir Diogo Jota pada hari perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapsyen pada hantaran terakhir Jota di media sosialnya.

PETALING JAYA – Hantaran terakhir bintang Liverpool, Diogo Jota yang maut selepas terbabit dalam nahas kemalangan jalan raya bersama adiknya, mencuri perhatian orang ramai.

Jota yang melangsungkan perkahwinan dengan kekasih hati sejak zaman kanak-kanaknya, Rute Cardoso pada 22 Jun lalu menyifatkan hari tersebut sebagai antara kenangan paling indah dalam hidupnya.

Difahamkan, beliau memuat naik sebuah video di Instagram miliknya beberapa jam sebelum kejadian menyayat hati itu berlaku.

Video tersebut memaparkan suasana sepanjang majlis perkahwinan pasangan itu yang dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-duanya.

“Hari yang tidak akan kami lupakan,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Liverpool kehilangan bintang sensasinya, Diogo Jota yang maut selepas terbabit dalam nahas kemalangan jalan raya bersama adiknya, Andre, 26, di Zamora, Sepanyol.

Kereta yang dinaiki Jota yang juga pemain skuad kebangsaan Portugal dilaporkan terbabas sebelum terlibat dalam kemalangan dan terbakar menyebabkan adiknya juga menemui ajal.

Menerusi hubungan Jota bersama pasangannya selama lebih sembilan tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI