fbpx

Dua wanita warga asing sesat di Hutan Kanching ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua wanita warga asing dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti riadah di Hutan Rekreasi Kanching, dekat Jalan Rawang-Kampung Melayu Rawang, hari ini.

RAWANG – Detik cemas dilalui dua wanita warga asing apabila mereka dilaporkan sesat ketika melakukan aktiviti riadah di Hutan Rekreasi Kanching, dekat Jalan Rawang-Kampung Melayu Rawang, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.35 pagi.

“Seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi dengan kekuatan satu jentera FRT dan satu unit EMRS.

“Sebaik tiba pada pukul 11.51 pagi, operasi mencari dan menyelamat terus dijalankan selepas kami berjaya menghubungi kedua-dua mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi tersebut mengambil masa hampir empat jam sebelum kedua-dua wanita itu berjaya dijumpai pada pukul 3.39 petang dan dibawa turun ke kawasan selamat.

“Mangsa merupakan seorang wanita warga Syria dan Turkmenistan. Kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya.

Operasi ditamatkan sebaik semua mangsa berjaya diselamatkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI