fbpx

Didenda RM2,000 cubit budak 11 tahun dalam surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Tindakan seorang lelaki warga emas mencubit lengan seorang kanak-kanak sehingga cedera ketika berada dalam surau memakan diri apabila didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Ameera Mastura Khamis menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh, Ismail Hadi, 67, mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.

Ismail didakwa dengan sengaja telah menyebabkan cedera kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dalam sebuah surau di Seksyen 26, di sini kira-kira pukul 8.45 malam pada 31 Mei lalu.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Peguam Shalehhuddin Salam dan Ainul Farihah Azizi mewakili tertuduh dalam mitigasinya memaklumkan ini merupakan kesalahan pertama anak guamnya yang mempunyai tujuh anak.

“Anak guam kami tidak lagi bekerja. Jadi, mohon hukuman ringan berupa denda seminimumnya,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Aliaanisa Khairus Masnan bagaimanapun memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI