fbpx

Budak tersepit kepala di kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang tersepit pada kerusi itu.

SABAK BERNAM – Seorang kanak-kanak lelaki diselamatkan bomba selepas kepalanya tersepit pada kerusi di sebuah rumah di Parit 1 Barat, Sungai Besar di sini, hari ini.

Kejadian itu melibatkan mangsa berusia tiga tahun dan tidak mengalami kecederaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan, kira-kira pukul 5.19 petang ini.

Katanya, sepasukan empat anggota termasuk pegawai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar terlibat dalam operasi berkenaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kepala kanak-kanak lelaki itu masih tersepit pada kerusi tersebut.

“Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas bagi menyelamatkan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Ahmad Mukhlis, operasi berkenaan berjalan lancar dan tamat sepenuhnya pukul 5.31 petang.

“Kanak-kanak itu didapati tidak mengalami sebarang kecederaan dan diserahkan kepada keluarganya bagi urusan lanjut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI