fbpx

Budak 3 tahun cedera digigit anjing German Sheperd

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SERDANG – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun mengalami kecederaaan serius selepas digigit seekor anjing ketika pulang dari taman permainan di kawasan perumahan Lake Edge, Puchong, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kejadian berlaku ketika seorang wanita berusia 61 tahun yang juga pesara guru, sedang berjalan pulang ke rumah bersama cucunya selepas bermain di taman permainan pada pukul 8.10 pagi.

“Tiba-tiba seekor anjing jenis kacukan German Shepherd yang keluar sendiri dari rumah pemiliknya dan menyerang cucu pengadu sebelum menggigit betis kiri mangsa hingga menyebabkan kecederaan serius,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Jelasnya, susulan laporan yang diterima, polis telah membuka siasatan di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan atas kesalahan kecuaian berkenaan haiwan.

“Jika sabit kesalahan, pemilik boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Menurut Muhamad Farid, pada hari ini, pihaknya telah menahan seorang wanita berusia 60 tahun yang merupakan pemilik anjing berkenaan bagi membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal mendapati wanita itu tidak memiliki lesen anjing daripada pihak berkuasa tempatan,” jelasnya.

Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis menasihatkan semua pemilik haiwan peliharaan agar memastikan haiwan mereka dijaga dengan baik dan tidak mengganggu keselamatan masyarakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI