fbpx

Bidaan United kejutkan PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUIZ dianggap salah satu tonggak penting yang membantu kejayaan PSG menjulang gelaran UCL musim lalu. - AFP

MANCHESTER – Manchester United telah mengemukakan tawaran rasmi bernilai £43 juta (RM248 juta) bagi memancing pemain tengah Paris Saint-Germain (PSG), Fabian Ruiz ke Old Trafford.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu menarik minat pengendali baharu, Ruben Amorim yang mahu menjadikan Ruiz sebagai watak penting dalam kebangkitan semula The Red Devils musim depan selepas kempen 2024/25 yang berakhir di tangga ke-15 liga dan kekalahan final Liga Europa kepada Tottenham.

Pemain berusia 29 tahun itu menjuarai Euro 2024 bersama Sepanyol dan memainkan peranan penting dalam kejayaan PSG memenangi Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu, termasuk satu gol dan empat bantuan jaringan dalam 17 penampilan.

“Fabian pemain kelas dunia dan sangat penting untuk keseimbangan pasukan,” kata jurulatih Sepanyol, Luis de la Fuente yang memuji kualiti Ruiz bersama La Roja.

United melihat Ruiz sebagai tonggak tengah yang mampu menghidupkan semula permainan pasukan dan menyuntik keseimbangan di samping keupayaan teknikal dalam fasa serangan dan pertahanan.

Bagaimanapun, hasrat ke Old Trafford dilihat sukar direalisasikan apabila Enrique dilaporkan mahu mengekalkan trio Ruiz, Vitinha dan Joao Neves untuk musim hadapan.

Sebagai rekod, Ruiz menyertai PSG dari Napoli pada 2022 dan sejak itu telah merangkul tiga gelaran Ligue 1 serta satu kejuaraan Eropah bersama kelab elit Perancis tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI