PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan rasmi penuh istiadat daripada kerajaan Perancis hari ini.
Anwar berkata, ia satu penghormatan tinggi yang mencerminkan keakraban dan saling menghormati dalam hubungan diplomatik antara Malaysia dan Perancis yang sekian lama terjalin.
“Upacara ini turut melambangkan komitmen berterusan kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam pelbagai bidang demi manfaat bersama.
“Menyumbang kepada kestabilan, kemakmuran serta keamanan serantau,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi sulung ke Perancis atas jemputan Presiden Emmanuel Macron. – KOSMO! ONLINE