fbpx

Anwar Ibrahim kini jadi milik Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR

BEKAS  pertahanan kanan Kuala Lumpur City, Anwar Ibrahim menggalas harapan baharu Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk memulihkan benteng pertahanan yang rapuh menjelang musim Liga Malaysia 2025/2026.

Anwar, 26, kini sah menjadi milik Negeri Sembilan FC dengan menyertai skuad The Jangs di bawah bimbingan ketua jurulatih, Nidzam Jamil selepas meninggalkan The City Boys.

Pemain itu dijangka menjadi tonggak utama untuk memperkukuh benteng pasukan yang melalui musim sukar sebelum ini, selepas menamatkan saingan Liga Super 2024/2025 di tempat ke 12 daripada 13 pasukan, selain mencatat 49 gol bolos jumlah ketiga tertinggi selepas Kedah Darul Aman dan Kelantan Darul Naim.

Pengalaman luas Anwar dalam kancah liga utama memberi harapan baharu kepada penyokong The Jangs yang ingin melihat transformasi drastik dalam prestasi pasukan.

“Dulu kota, kini Negeri! Anwar Ibrahim bersedia bawa asakan dari pertahanan, musuh, bersedialah!” kata kenyataan NSFC di media sosial.

Memiliki 22 penampilan bersama skuad B-19 negara Anwar pernah menjadi sebahagian daripada skuad Kuala Lumpur City FC yang menjuarai Piala Malaysia 2021.

Anwar memulakan karier profesional bersama Felda United pada 2018 sebelum berhijrah ke Selangor FC dua tahun kemudian.

Menerusi kehadirannya di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, tumpuan kini terarah kepada bagaimana Anwar akan menjadi benteng pertahanan NSFC dalam menghadapi saingan yang lebih mencabar musim depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI