fbpx

[VIDEO] ‘Rider pancung jalan tiba-tiba’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan penunggang motosikal memasuki lorong kiri secara mengejut mengakibatkan pelanggaran antara dua buah kereta.

PETALING JAYA – Tindakan seorang penghantar makanan (p-hailing) yang memancung masuk ke laluan kiri secara tiba-tiba telah mengakibatkan pelanggaran dua buah kereta sehingga mengundang kecaman ramai di media sosial.

Menerusi satu perkongsian rakaman papan pemuka (dashcam) di Facebook milik Afiq Asyran, kejadian berlaku apabila penunggang motosikal terbabit memasuki lorong kiri tanpa memberi sebarang isyarat, menyebabkan sebuah kenderaan terkejut lalu merempuh sebuah Perodua Ativa di hadapannya.

Lebih mengejutkan, penunggang terbabit dilihat pergi begitu sahaja selepas kejadian.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna marah terhadap tindakan penunggang terbabit yang tidak bertanggungjawab serta membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Elak orang yang bersalah… tiba-tiba yang tak bersalah jadi mangsa. Yang salah lari,” komen seorang pengguna.

“Jauh dia dari garisan tiga tiba-tiba sailang nak masuk simpang… memang tak sayang nyawa,” kata Ralf Ash.

“Nasib baik ada dashcam… kalau tak, pemilik Ativa tu dah kena tuduh dia yang langgar,” kata Kyzer. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI