fbpx

Tiada kenaikan pangkat anggota, pegawai SPRM obes tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam bercakap semasa sidang akhbar pada Majlis Persaraan-Bakti Disanjung, Budi Dijunjung Sempena Persaraan Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain di Kompleks SPRM Kelantan, Kota Bharu hari ini. - Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak menepati polisi indeks jisim badan (BMI) 27 tidak layak menerima kenaikan pangkat bermula Januari tahun depan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memberi masa selama enam bulan kepada seluruh kakitangannya untuk mendapatkan berat badan ideal.

Katanya, arahan itu dilaksanakan dalam usaha mencegah warga SPRM daripada masalah obesiti.

“Tiada kenaikan pangkat buat anggota dan pegawai SPRM yang melebihi BMI 27 bermula Januari tahun depan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melaksanakan arahan BMI 26. Jadi, kita laksanakan di SPRM kerana SPRM merupakan satu jabatan yang penting dalam kerajaan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Persaraan-Bakti Disanjung, Budi Dijunjung Sempena Persaraan Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain di sini hari ini.

Azam memberitahu, justeru, semua anggota dan pegawai SPRM mempunyai masa kira-kira enam bulan untuk mencapai berat yang ideal.

Selain itu, setiap bahagian sama ada ibu pejabat atau negeri selepas ini perlu menjalankan pemeriksaan kesihatan setiap tiga bulan di hospital kerajaan.

“Penjawat awam yang ada masalah berat badan sudah tentu akan ada banyak penyakit. Obesiti dalam perkhidmatan awam perlu dicegah dan tidak patut ada.

“Apabila anggota dan pegawai SPRM mempunyai berat badan yang baik dan berketerampilan, ia lebih memudahkan penyampaian segala aspek kerja kepada orang awam,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI