fbpx

Syarikat ais, makanan sejuk beku terkenal tangguh naik harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan bersalaman dengan pegawai KPDN ketika hadir pada Majlis Apresiasi Rakan Strategik Penguatkuasaan di Putrajaya.

PUTRAJAYA- Dua buah syarikat melibatkan pengeluar ais dan makanan sejuk beku tempatan bersetuju menangguhkan kenaikan harga produk masing-masing, selepas dipanggil oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk memberikan penjelasan.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, selepas mendapat penjelasan penuh daripada kedua-dua syarikat berkenaan dalam pertemuan pada Selasa, KPDN memberikan nasihat yang sewajarnya kepada mereka.

Menurut beliau, pertemuan itu diadakan susulan tular dakwaan yang mengaitkan kedua-dua syarikat berkenaan bakal menaikkan harga produk mereka susulan pengumuman semakan kadar serta peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

“Kedua-dua syarikat telah memaklumkan (dalam pertemuan) pada 1 Julai bahawa mereka menangguhkan terlebih dahulu kenaikan (harga), pertukaran kepada harga tersebut (akan dibuat) pada satu tarikh yang mereka akan umumkan kemudian.

“Jadi kita telah memberikan nasihat kepada mereka, sekiranya benar mereka ingin menaikkan harga tersebut ada maklumat-maklumat tertentu yang mereka perlu bekalkan, yang dituntut melalui Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti-pencatutan (AKHAP) 2011,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi Rakan Strategik Penguatkuasaan sempena Sambutan Hari Penguat Kuasa di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan tular membabitkan kedua-dua syarikat berkenaan yang akan menaikkan harga produk mereka susulan pengumuman peluasan skop SST.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI