fbpx

SMK Dang Anum terbakar: Sesi persekolahan diteruskan seperti biasa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangunan di SMK Dang Anum, Merlimau, Jasin yang terbakar pagi tadi.-AMRAN ALI/KOSMO!

JASIN – Lebih 900 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum akan meneruskan sesi persekolahan seperti biasa esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, cuti bencana selama sehari telah diberikan kepada pelajar hari ini susulan kebakaran yang berlaku di blok pentadbiran sekolah berkenaan.

“Bangunan Blok pentadbiran yang terbakar ini memang dalam proses pengubahsuaian dan pelajar sudah pun ditempatkan di kelas-kelas sementara sejak beberapa minggu lalu, jadi sesi pembelajaran tidak terganggu.

“Kebakaran sekitar pukul 5.30 pagi itu memusnahkan Bilik Pendidikan Moral, Bilik Grafik Komunikasi dan Teknikal (GKT), bilik guru dan Bilik Reka Bentuk Teknologi (RBT) yang dahulunya merupakan bangunan asrama lama,” katanya selepas melakukan lawatan ke lokasi berkenaan pagi tadi.

Rahmad berkata, kerja-kerja pengubahsuaian dilakukan termasuklah pendawaian semula elektrik dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 10 minggu lagi.

“Kita sedang menunggu laporan lengkap daripada pasukan forensik bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR), sekiranya terbukti berlaku kecuaian oleh pihak kontraktor, tindakan tegas termasuk denda akan diambil,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI