fbpx

Pengarah jabatan kerajaan di Kelantan terlibat rasuah akan didakwa di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam (dua dari kanan) menyerahkan momento sebagai tanda kenangan kepada Rosli. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang pengarah di jabatan Kerajaan Persekutuan di Kelantan akan didakwa di mahkamah atas pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa dalam tempoh terdekat.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan mendapati, lelaki yang sudah hampir untuk bersara itu dijangka akan dituduh di mahkamah dalam masa dua atau tiga minggu lalu.

Menurutnya, suspek sebelum ini disiasat selepas dipercayai terlibat kes salah guna kuasa dengan meminta dan menerima rasuah.

“Siasatan mendapati, pengarah jabatan kerajaan sendiri terlibat dengan isu jenayah. Jadi, sudah tentu dia tidak boleh memimpin.

“Jumlah rasuah yang terlibat saya tidak boleh dedahkan buat masa ini. Suspek dipercayai terlibat kes salah guna kuasa dengan meminta dan menerima rasuah,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Persaraan-Bakti Disanjung, Budi Dijunjung Sempena Persaraan Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain di Kompleks SPRM Kelantan di sini hari ini.

Azam memberitahu, siasatan telah dijalankan dan suspek akan dituduh di mahkamah dalam tempoh tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI