fbpx
Keadaan motosikal Yamaha Y16ZR yang terlibat kemalangan mengorbankan Siti Ain Balqis di R&R Perasing, LPT 2, Kemaman hari ini.

Pelajar UMT maut motosikal terbabas di R&R Perasing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) maut selepas motosikal yang ditunggang hilang kawalan sebelum terbabas berhampiran susur masuk Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 2.40 petang itu meragut nyawa Siti Ain Balqis Hamdan, 23, yang berasal dari Kampung Puah Lembah, Kuala Lumpur. Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada beberapa anggota badan.

Rakannya, Nur Intan Syafiera Batrisya Hamzah, 21, yang berasal dari Mantin, Negeri Sembilan cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Rozi Rosli, sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Y16ZR dalam perjalanan menghala ke Kuantan, Pahang dari kampus UMT di Kuala Nerus.

“Motosikal ditunggang Siti Ain Balqis dikatakan hilang kawalan sewaktu melalui laluan berselekoh untuk memasuki R&R Perasing.

“Kenderaan itu kemudian merempuh penghadang jalan menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan,” katanya di sini hari ini.

Mayat Siti Ain Balqis dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman, manakala Nur Intan Syafiera dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI