fbpx

MR D.I.Y cawangan Bentong terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran bangunan kedai MR D.I.Y di Bentong hari ini.

BENTONG – Orang ramai di sekitar bandar Bentong gempar susulan kejadian kebakaran melibatkan sebuah cawangan peruncit perkakas rumah, MR. D.I.Y. di sini, hari ini.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang yang melibatkan bangunan kedai empat tingkat itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, kejadian kebakaran itu menyebabkan tingkat tiga bangunan itu terbakar 100 peratus manakala aras dua terbakar sebanyak lima peratus.

“Bomba yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 3.08 petang melakukan pemadaman menggunakan satu aliran hos dengan bantuan ‘skylif’ Majlis Perbandaran Bentong dan menggunakan satu unit pam angkut daripada sumber air pili bomba.

“Operasi tamat pada pukul 8.36 malam dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI