fbpx

Laluan MRT Kajang tergendala, ramai lewat masuk kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan sesak pengguna MRT laluan Kajang yang terpaksa menunggu lama akibat masalah teknikal pada salah sebuah tren.

PETALING JAYA – Pengguna Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang berdepan kelewatan lebih 40 minit pagi ini susulan gangguan teknikal yang berlaku melibatkan salah sebuah tren.

Seorang pengguna, Affan Zahari meluahkan rasa kecewa apabila mengambil masa hampir satu jam untuk memulakan perjalanan dari Stesen MRT Kajang, berbeza dengan kebiasaan yang hanya memerlukan sekitar 35 minit untuk sampai ke destinasi.

“Selalunya sampai MRT Kajang, 35 minit kemudian sampai ke stesen destinasi. Pagi ini sampai ke MRT Kajang, 30 minit kemudian tren baru nak bergerak. Bertabahlah,” katanya menerusi catatan di Facebook sebentar tadi.

Sementara itu, Rapid Rail Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan memaklumkan perkhidmatan Laluan MRT Kajang telah kembali beroperasi sepenuhnya pada pukul 8.32 pagi tadi selepas kerja-kerja baik pulih berjaya dilaksanakan.

“Gangguan perkhidmatan yang bermula sekitar pukul 7.40 pagi itu berpunca daripada sebuah tren yang mengalami tekanan angin rendah ketika berada di Stesen Taman Mutiara.

“Keadaan tersebut menyebabkan tren terhenti dan tidak dapat meneruskan perjalanan seperti biasa. Bagi menjamin keselamatan serta kelancaran perjalanan penumpang, pihak Rapid Rail segera mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas alternatif bagi menampung pengguna yang terjejas,” katanya.

Menurut kenyataan syarikat, tren yang mengalami masalah berjaya digerakkan semula pada pukul 8.25 pagi.

“Kekerapan tren diselaraskan secara berperingkat bermula pukul 8.32 pagi bagi memastikan perkhidmatan kembali stabil,” kata kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI