fbpx

Kilang kitar semula terbakar, 70 peratus musnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran sebuah kilang kitar semula di Jalan Bangi Batu 1, Semenyih Teknologi Park, Selangor awal pagi ini.

PETALING JAYA – Sebuah kilang kitar semula di Jalan Bangi Batu 1, Semenyih Teknologi Park, Semenyih musnah hampir 70 peratus dalam kejadian kebakaran, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 6.33 pagi.

“Pasukan pertama dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih tiba di lokasi pada pukul 6.45 pagi, kira-kira 12 minit selepas menerima panggilan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Mukhlis, kebakaran melibatkan sebuah kilang kitar semula dengan anggaran kemusnahan sebanyak 70 peratus.

“Kerja-kerja pemadaman masih diteruskan,” katanya. Setakat ini, tiada mangsa yang cedera dan punca kebakaran masih dalam siasatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI