fbpx

‘Kenapa rasa macam nak ‘free hair’ balik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KILAFAIRY mohon jasa baik orang ramai untuk medoakan dirinya agar terus isqimah bertudung.

PETALING JAYA – Selepas lima tahun berhijab, pelakon Kilafairy mendedahkan dia kini berperang dengan perasaan yang terdetik untuk kembali tidak bertudung.

Menerusi hantaran dalam Threads, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 33, mengakui baru kini dia faham betapa sukarnya untuk kekal istiqamah.

“Kenapa rasa macam nak ‘free hair’ balik? Tetapi bila fikir semula tentang perkara ini, kenapa saya perlu puaskan hati manusia? Sepatutnya kena buat segalanya kerana Allah, bukan manusia.

“Sekarang baru faham kenapa orang kata istiqamah itu susah. Astaghfirullahal’azim Ya Allah kuatkanlah iman aku. Doakan saya. Hujung-hujung dah iman saya,” tulisnya.

Tambah pelakon filem Karak itu, dia kini mengharapkan doa orang ramai kerana sudah tiada ibu untuk mendoakannya.

Anak kepada Allahyarham Rohana Jalil tu turut berkongsi foto terkininya yang sedang menangis selepas membaca segala komen netizen.

“Saya, selepas baca mesej kalian. Saya sayang kalian,” tulisnya.

Untuk rekod, Kila mula memakai hijab pada Jun 2020. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI