fbpx

Israel setuju gencatan senjata Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEPULAN asap akibat serangan Israel di tengah Gaza semalam. - Foto AFP

TALLINN, ESTONIA  – Israel mengesahkan bersetuju dengan cadangan gencatan senjata yang dikemukakan oleh Steve Witkoff selaku Utusan Asia Barat Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, lapor saluran berita NBC News hari ini. 

Persetujuan itu dibuat sehari selepas Trump berkata, Tel Aviv telah bersetuju dengan syarat yang diperlukan untuk gencatan senjata bagi menamatkan perang di Semenanjung Gaza.

“Kami serius dengan kehendak kami untuk mencapai perjanjian pembebasan tebusan dan gencatan senjata,” kata Menteri Luar Israel, Gideon Saar dalam satu taklimat akhbar semasa melawat Estonia.

“Kami berkata ya kepada cadangan utusan khas, Witkoff,” tambahnya.

Saar bagaimanapun tidak menghuraikan butiran cadangan itu tetapi menambah, matlamat Israel adalah untuk memulakan perbincangan berkaitan secepat mungkin.

Kelmarin Trump memberitahu bahawa utusannya telah mengadakan pertemuan yang panjang dan produktif dengan Israel mengenai isu Gaza.

Beliau yang menulis di laman sosial miliknya, Truth Social mendedahkan bahawa kedua-dua pihak bersetuju dengan syarat yang diperlukan untuk memuktamadkan gencatan senjata selama 60 hari.

Awal semalam, Hamas berkata, pihaknya masih mempertimbangkan cadangan gencatan senjata baharu itu  yang diterima daripada pengantara rundingan, Mesir dan Qatar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI