fbpx

Giliran Bayern minat bintang Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD perlu mencari pasukan baharu selepas peluangnya untuk kembali ke Old Trafford dianggap sudah tertutup. - AFP

MUNICH – Bayern Munich dilaporkan sedang meneliti kemungkinan untuk mendapatkan penyerang, Marcus Rashford, dalam perpindahan mengejut dari Manchester United.

Rashford, 27, yang sebelum ini dipinjamkan ke Aston Villa musim lalu, dikatakan tidak lagi menjadi pilihan utama dalam perancangan Manchester United musim depan.

Difahamkan, Bayern mula menunjukkan minat terhadap Rashford selepas pemain itu mempamerkan aksi memberangsangkan bersama skuad bimbingan Unai Emery di Villa Park.

Sepanjang musim 2024/2025, Rashford berjaya menjaringkan empat gol dan mencipta enam umpanan jaringan dalam 27 penampilan, sekali gus menghidupkan semula minat kelab-kelab Eropah terhadapnya.

Menurut sumber dalaman, The Red Devils bersedia melepaskan Rashford dengan harga sekitar £40 juta (RM240 juta), namun turut terbuka untuk melepaskannya secara pinjaman atau pertukaran pemain.

Barcelona turut dikaitkan dengan Rashford dan difahamkan mengutamakan perpindahan ke luar negara sekiranya meninggalkan Old Trafford secara tetap.

Pengendali Bayern, Vincent Kompany, dipercayai mahu memperkukuhkan barisan serangannya menjelang musim baharu dan melihat Rashford sebagai salah satu pilihan terbaik di pasaran.

Selain Rashford, Kompany juga mengintai khidmat pemain sayap Liverpool, Luis Diaz, sebagai sebahagian daripada perancangan musim depan apabila mereka kehilangan Leroy Sane yang menyertai Galatasaray. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI