fbpx

Gadis Vietnam antara 4 didakwa edar, miliki 13kg dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THU QUY (kiri) dan Thi Nhinh antara empat individu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas pertuduhan mengedar dan memiliki 13 kilogram dadah.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Empat individu termasuk dua wanita warga Vietnam berdepan hukuman mati selepas dituduh di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas lima pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah dengan berat kasar lebih 13 kilogram (kg), bulan lalu.

Tertuduh, Ching Hin Leong, 46, Pham Thi Quy, 26, Tay Wei Bin, 36, dan Nong Thi Nhinh, 29, mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret A. Shaarmini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan setelah ia dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh mencapai niat bersama didapati mengedar dadah berbahaya jenis serbuk methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dengan anggaran berat kasar 12kg dan jenis pil MDMA dengan anggaran berat kasar 375 gram (g).

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 12 tengah hari di sebuah apartmen di Jalan Tanjung Puteri 1 di sini, 19 Jun lalu.

Bagi pertuduhan itu, pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kesemua tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Afiqah Musa manakala hanya Pham Thi Quy diwakili peguam VS Selvanteran.

Di mahkamah berasingan, kesemua tertuduh berdepan tiga pertuduhan memiliki dadah berbahaya masing-masing jenis methamphetamine dengan anggaran berat kasar 7g, Nimetazepam dengan berat kasar 520g dan ketamin 25g.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI