fbpx

‘Fattah yang lamar saya, lagi pun dia berpengalaman’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRA Othman kini menyandarkan kariernya untuk diuruskan Fattah Amin, terutama dalam soal persembahan yang dirancangkan pada Ogos nanti. – IQBAL ROSLI

SEJAK namanya menjadi tajuk utama berita hampir setiap minggu, penyanyi Amira Othman semakin dikenali ramai. Boleh dikatakan, semua itu berpunca daripada pelakon Fattah Amin.

Dengan peluang bersulam populariti melingkari tubuhnya, pemilik nama lengkap Nadia Amira Othman itu juga mengakui enggan melepaskan kesempatan untuk sekali lagi melancarkan lagu baharu.

Selepas beberapa karya, Amira kini tampil mempertaruhkan sebuah lagi bingkisan berjudul Dalam Sujudku yang kebetulan terpilih menjadi runut bunyi kepada naskhah siaran Astro Dia Bukan Syurga.

Mengakui sangat menyukai naskhah tersebut, Amira yang juga seorang pelakon menumpahkan segala emosi watak utama, Nuha lakonan Ezanie Jasny menerusi lagunya.

“Dapat pasangan yang menganiaya adalah mimpi ngeri buat semua wanita dalam dunia. Saya sampaikan lagu ini sebagai Nuha (watak dalam drama Dia Bukan Syurga).

“Saya pun sebenarnya terkejut dengan penerimaan ramai, saya hanya menumpang drama yang tengah ‘hot’ dan tular sekarang.

“Memang saya sedang mencari lagu, tiba-tiba saya diberi tawaran daripada Sony dan Farouk, saya rasa lagu ini dekat dengan saya, suka lagu galau begini,” katanya kepada HibGlam semasa sesi introduksi single berkenaan baru-baru ini.

Dalam masa sama, wanita berusia 32 tahun juga mengakui bimbang andai peminat lupa akan kerjaya nyanyiannya kerana terlampau fokus sebagai duta produk.

Dia berharap dapat mengeluarkan lagu dengan lebih kerap terutama karya yang sangat dekat dengan dirinya untuk kekal relevan dalam industri seni.

“Bila tak keluar lagu, takut orang rasa apa fokus saya, jadi saya nak keutamaan saya tetap dengan nyanyian.

“Dalam perjalanan tersebut saya tak akan lupakan karya-karya yang bagus untuk teruskan kerjaya sebagai penyanyi.

“Kalau boleh nak sentiasa keluarkan lagu. Kena ingat selalunya nak kekal relevan dalam industri wajib kena ada karya baik untuk pendengar,” ujarnya.

Disoal tentang Fattah yang sejak awal lagi seumpama peledak namanya, penyanyi Hati Hati itu sekali lagi mengakui menumpang populariti rakan sekerjanya itu untuk dikenali ramai.

“Dari awal kemunculan bersama Fattah, saya memang tumpang populariti dia untuk nyanyian dan lagu.

“Mudah-mudahan orang kenal saya sebagai penyanyi. Nama saya masih kecil dalam industri, harap orang menghargai saya,” ujarnya.

Dilamar Fattah

Jika awalnya sekadar menumpang populariti, kini nampaknya Amira secara rasmi menyandarkan karier diuruskan duda popular itu.

Ditanya mengapa memilih pihak pengurusan Fattah, Amira yakin lelaki itu serius mahu membantunya merealisasikan impian mencapai sukses.

“Fattah yang lamar saya sebab dia dengar saya nak buat. Dia nak bantu nak uruskan, lagi pun dia ada pengalaman dan pasukan yang boleh lakukan,” kata Amira.

Anak jati Skudai, Johor itu juga berkongsi khabar gembira bakal mengadakan sebuah showcase pada Ogos ini dengan bantuan Fattah.

“Showcase ini akan dilaksanakan Fattah Amin Management.

“Impian saya nak sangat buat tapi saya tak pernah ada keyakinan nak buat, takut orang tak datang. Kali ini, ada orang yang memberi sokongan, jadi saya teruja nak kongsikan. “Perancangannya Ogos ini tapi takut juga nak cakap lebih-lebih,” tutupnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI