fbpx

Fasa Pertama Elmina Ridge 2 capai kadar pengambilan 90%

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elmina Ridge 2 oleh Sime Darby Property mencapai pengambilan yang luar biasa sebanyak 90 peratus untuk Fasa Pertama semasa pra-pelancaran baru-baru ini.

PETALING JAYA – Projek kediaman Elmina Ridge 2 di Bandar Elmina, Shah Alam oleh Sime Darby Property Berhad berjaya menambat hati pembeli setelah merekodkan kadar pengambilan 90 peratus pada sesi pra-pelancaran untuk Fasa Pertamanya baru-baru ini.

Pembangunan Elmina Ridge 2 adalah susulan kejayaan Elmina Ridge 1, yang telah habis dijual sepenuhnya semasa pelancarannya tahun lepas.

Terdiri daripada 221 unit dengan nilai pembangunan kasar RM339 juta, projek baharu itu dijadualkan siap pada 2028.

Dibina di atas tanah berstatus pegangan bebas, pembangunan itu menampilkan koleksi kediaman premium yang terdiri daripada unit jenis superlink, kluster dan berkembar, dengan keluasan antara 2,274 hingga 3,288 kaki persegi.

Harga jualan bermula dari RM1.21 juta untuk rumah superlink, RM1.76 juta untuk rumah kluster, dan RM2.22 juta untuk hartanah berkembar.

Lakaran artis bagi kediaman Elmina Ridge 2 yang menawarkan koleksi premium rumah superlink, kluster dan berkembar.

Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Perbandaran Sime Darby Property, Appollo Leong berkata, Bandar Elmina telah mencapai tahap kematangan, di mana kemudahan komersial dan gaya hidup kini tersedia secara meluas.

“Minat kukuh untuk Elmina Ridge 2 mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk kediaman yang direka bentuk dengan baik, sedia masa hadapan dan menyokong kehidupan mampan.

“Pembeli hari ini mencari lebih daripada sekadar ruang, mereka mahu kualiti, kecekapan tenaga, komuniti yang sesuai dengan identiti mereka, dan nilai jangka panjang oleh pemaju bereputasi,” katanya dalam kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI