fbpx

F1: Cadillac mula giat cari pelumba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOTTAS dan Perez dianggap gandingan sesuai dan berpengalaman untuk Cadillac memulakan saingan mereka dalam F1. - X AUTOSPORTS

DETROIT – Cadillac kini dalam fasa akhir perbincangan untuk membentuk barisan pelumba bagi kempen sulung Formula Satu (F1) mereka pada musim 2026, namun belum menandatangani sebarang kontrak rasmi.

Jenama automotif dari Amerika Syarikat itu akan menyertai grid F1 sebagai pasukan ke-11 selepas menggantikan pasukan Andretti yang ditolak penyertaan oleh majoriti pasukan sedia ada dan pemegang taruh.

Cadillac bakal menggunakan enjin Ferrari pada permulaan kempen 2026 sebelum memperkenalkan unit kuasa sendiri menjelang tahun berikutnya.

Pengurus pasukan, Graeme Lowdon mendedahkan tumpuan utama ketika ini adalah pembangunan jentera, selain mengesahkan perbincangan dengan beberapa pelumba telah dimulakan.

“Kami kenal ramai pelumba, bermila bakat muda F2 sehinggalah pelumba berpengalaman. Kami sentiasa berbual dan berada di paddock.

“Tapi, yang utama sekarang adalah bina kereta dulu. Kalau sampai ke Melbourne tapi tak ada kereta untuk dipandu, siapa pun takkan berterima kasih kepada kami,” katanya.

Antara nama yang dikaitkan termasuk Sergio Perez, Mick Schumacher dan Felipe Drugovich, bagaimanapun Valtterri Bottas dikatakan sebagai calon utama untuk slot pertama, manakala Perez dilihat sebagai pilihan untuk pemandu kedua.

Lowdon turut menegaskan proses pemilihan pelumba masih berjalan dengan teliti semasa mengulas spekulasi yang mengaitkan Bottas, selepas gambar pelumba Finland itu membeli sebuah kereta Cadillac tular sekali gus menghangatkan lagi desas-desus perpindahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI