LONDON – Arsenal dilaporkan telah membuat bidaan rasmi untuk mendapatkan pemain sayap Chelsea, Noni Madueke, dalam usaha memperkukuhkan jentera serangan menjelang musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL).
Madueke, 22, merupakan antara pemain yang cemerlang musim lalu di bawah kendalian Enzo Maresca apabila membantu Chelsea menamatkan kempen dengan kelayakan ke Liga Juara-Juara (UCL) serta menjulang kejuaraan Liga Konferens Europa.
Namun, masa depan Madueke di Stamford Bridge kini menjadi tanda tanya selepas Chelsea bakal membawa masuk beberapa pemain baharu termasuk Joao Pedro dan Jamie Gittens, sekaligus menambahkan persaingan di posisi sayap.
Menurut laporan, Arsenal telah mengemukakan tawaran terma peribadi kepada Madueke secara peribadi, tetapi masih belum mengemukakan sebarang tawaran rasmi perpindahan kepada Chelsea.
Selain Madueke, Arsenal turut menyenaraikan beberapa bintang ternama lain dalam radar perpindahan, termasuk penyerang Real Madrid, Rodrygo dan pemain tengah Crystal Palace, Eberechi Eze.
Sebelum ini, The Gunners telah beberapa kali mendapatkan khidmat pemain dari Chelsea termasuk Jorginho, Kai Havertz, David Luiz, Petr Cech, William Gallas dan Willian.
“Noni adalah pemain kami. Banyak spekulasi dilaporkan ketika ini tetapi kami menganggapnya Noni sebagai pemain kami untuk musim akan datang,” kata pengendali Chelsea, Enzo Maresca. – AGENSI