fbpx
SANE (kiri) beraksi kali terakhir buat Bayern ketika menentang Flamengo pada pusingan 16 terbaik baru-baru ini. - AFP

CWC: Sane tamat kontrak, tinggalkan Bayern

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MIAMI – Bayern Munich tempang menjelang aksi suku akhir Piala Dunia Kelab menentang Paris Saint-Germain (PSG) apabila terpaksa melepaskan pemain sayap sensasinya, Leroy Sane selepas kontraknya berakhir secara rasmi pada 30 Jun lalu.

Sebagai rekod, Sane membuat kemunculan terakhir apabila membantu pasukan menewaskan kelab Brazil, Flamengo 4-2 dalam pusingan 16 terbaik awal pagi Isnin lepas.

Pengendali Bayern, Vincent Kompany mengakui terkilan gagal menggunakan khidmat Sane sehingga penghujung kejohanan dan mengucapkan selamat maju jaya kepadanya bersama kelab baharu nanti.

“Saya sangat menghormati Sane kerana pernah menjadi rakan sepasukan ketika mewakili Manchester City dan kami mengecapi pelbagai kejayaan bersama.

“Hubungan saya dengan Sane sentiasa baik dan harap dia terus berjaya pada fasa baharu kariernya selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Sane yang telah menandatangani kontrak untuk menjadi pemain baharu kelab Liga Turkiye, Galatasaray mengucapkan terima kasih kepada kelab Bavaria itu selepas hampir lima tahun mewakili pasukan sejak 2020.

“Saya harap pasukan dapat melangkah jauh dalam kempen Piala Dunia Kelab kali ini. Banyak kenangan dicipta bersama mereka yang sukar untuk dilupakan,” katanya.

Perancang tengah Bayern, Jamal Musiala akan mengambil jersi keramat No. 10 milik Sane bagi saingan musim baharu nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN