fbpx

121 penagih dicekup selepas gempur tiga ‘port’ dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan dalam operasi khas itu.

KUALA SELANGOR – Seramai 121 penagih dadah termasuk enam wanita ditahan selepas pihak berkuasa menggempur ‘port’ mereka di tiga daerah di negeri ini minggu lalu.

Serbuan selama tiga hari bermula pada 23 Jun lalu itu dilaksanakan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Selangor menerusi Ops Perdana. Selain daerah ini, operasi khas itu menyasarkan lokasi panas di Petaling dan Klang.

Pengarah AADK Selangor, Nazir Mohamad berkata, seramai 90 anggota digerakkan dalam operasi itu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Seramai 315 individu diperiksa dengan 121 daripada mereka disahkan positif dadah. Mereka yang ditahan berusia 19 dan 60 tahun,” katanya hari ini.

Menurut beliau, metamphetamine merupakan dadah paling banyak diambil selain kombinasi opiat, ganja, heroin dan pil kuda.

“Bahan terlarang itu dipercayai untuk kegunaan sendiri dan pengedaran secara kecil-kecilan di ‘port’ penagihan yang aktif. Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) dan 4(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI