fbpx

[VIDEO] ‘Seorang langgar lampu merah, seorang lagi berangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan kemalangan kecil antara dua penunggang motosikal tersebut.

PETALING JAYA – Tindakan dua penunggang motosikal masing-masing dipercayai melanggar lampu merah dan leka mengambil selekoh mencetuskan kemalangan kecil sehingga kejadian itu tular di media sosial.

Menerusi video rakaman papan pemuka (dashcam) yang dikongsi di TikTok milik @The.fdz memaparkan kemalangan membabitkan dua buah motosikal di satu persimpangan jalan.

Insiden berlaku apabila salah seorang penunggang motosikal dilihat melanggar lampu isyarat merah, manakala seorang lagi yang datang dari arah selekoh terbabas ketika mengambil ‘side’ lalu melanggar penunggang pertama.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak mengalami kecederaan serius.

“Eloklah… seorang langgar lampu merah, seorang lagi berangan,” tulis pemilik akaun di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan rasa lucu terhadap kejadian tersebut.

“Abang, kalau tunggu lampu hijau sekejap apa salahnya. Tapi nak buat macam mana kan, bila dah berjodoh memang bercium jalan lah bersama-sama,” komen Kimie.

“Kemalangan paling bosan dalam sejarah,” kata Naim.

“Dua-dua bawa motosikal tak laju pun. Nak juga bercium atas jalan. Jiwa galau ni,” ujar pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

@the.fdzeloklah..sorg langgar lampu merah, sorg lg berangan♬ original sound – Adrian Lo Dejavu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI