PUTRAJAYA – Pengedar minyak wangi tempatan, Myfa Scent optimis terhadap koleksi produk terbaharunya iaitu edisi khas Kos Serani, mencatat jualan yang baik dalam pasaran tempatan.
Pengasas jenama tersebut, Kos Serani berkata, untuk koleksi terbaharu ini, syarikat menampilkan 11 haruman eksklusif yang dapat memenuhi pelbagai kehendak peminat minyak wangi bersesuaian untuk lelaki dan perempuan.
Syarikat sebelum ini telah mencipta nama melalui koleksi asalnya sebanyak 58 wangian berinspirasikan daripada jenama antarabangsa.
“Kini Myfa Scent menawarkan haruman tahan lama, reka bentuk botol yang menarik dengan pembungkusan premium yang dijual pada harga berpatutan iaitu RM59 sebotol.
“Harga mampu milik ini bersesuaian untuk dimiliki oleh golongan remaja, dewasa dan juga peminat setia jenama Myfa Scent,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi terbaharu minyak terbaharu syarikat di sini baru-baru ini.
Kos memberitahu, antara wangian eksklusif yang ditampilkan dalam edisi khas ini adalah Kinabalu Scent, persona, glamour, sensasi, stailista, superstar, passion, temptation, gelisah mimpi, cindai dan hero.
“Kami teruja untuk memperkenalkan minyak wangi edisi khas ini dan kami optimis terhadap inovatif ini yang akan dapat meluaskan penguasaan pasaran yang lebih besar dengan gaya yang tersendiri.
“Kami berharap minyak wangi ini akan dapat memenuhi kehendak pelanggan kami yang mengutamakan wangian berkualiti pada harga mampu milik,” ujarnya.
Tambah Kos, pihaknya mengalu-alukan lebih ramai penglibatan usahawan baharu sebagai ejen dan stokis produk syarikat di seluruh negara, Sabah dan Sarawak termasuk di negara jiran di Brunei dan Singapura.
Selain berpeluang menjana pendapatan tambahan, wakil jualan yang menunjukkan prestasi terbaik juga berpeluang menghadiri Majlis Makan Malam Eksklusif dan Anugerah Penghargaan bersama selebriti dan pihak pengurusan Myfa Scent. -KOSMO! ONLINE