fbpx

JDT pasang impian beraksi di CWC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT berazam untuk meningkatkan prestasi mereka dalam saingan ACLE sekali gus mencerahkan laluan beraksi dalam saingan CWC nanti.

BAHANG kemeriahan Piala Dunia Kelab (CWC) yang berlangsung ketika ini turut dirasai pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menyimpan hasrat untuk bersaing di peringkat tertinggi itu pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia menyifatkan keputusan pasukan untuk menandatangani beberapa pemain bertaraf bintang pada jendela perpindahan kali ini bagi memastikan kelab mampu bersaing dengan lebih kompetitif di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) nanti.

Kata Garcia, saingan ACLE cukup penting buat pasukan mengukuhkan kedudukan ranking sekali gus mencerahkan peluang untuk beraksi ke saingan CWC yang dilangsungkan setiap empat tahun itu.

“Dengan kemungkinan pengembangan bilangan penyertaan di CWC yang akan membuka lebih banyak slot untuk pasukan-pasukan Asia yang bukan hanya terhad kepada juara ACLE.

“JDT meletakkan sasaran untuk mara secara konsisten ke peringkat lebih jauh agar memperbaiki ranking kelab Asia dan berada pada kedudukan yang lebih baik untuk mewakili Malaysia di pentas tertinggi bola sepak kelab dunia.

“Merealisasikan sasaran ini bukanlah tugas yang mudah, standard bola sepak di Asia sangat tinggi dan kami tidak boleh leka sekiranya JDT mahu berjaya dalam misi yang besar ini.

“Pemain-pemain baharu yang kami bawa masuk untuk musim 2025/26 selari dengan hala tuju ini, dan kejayaan JDT di peringkat Asia pastinya juga akan menjadi kejayaan untuk bola sepak Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Piala Dunia Kelab dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah bermula tahun ini dengan format baharu melibatkan 32 kelab dari enam benua yang menyertai saingan.

Bagi benua Asia, slot automatik diberikan kepada juara ACLE untuk tempoh empat musim sebelum saingan edisi berikutnya dianjurkan pada 2029 menyebabkan JDT tidak boleh melepaskan peluang tersebut.

Bagi saingan Piala Kelab Dunia musim ini, empat kelab telah dipilih untuk mewakili Asia seperti Al Hilal (juara 2021), Urawa Red Diamonds (juara 2022), Al Ain (Juara 2023/2024), Ulsan HD (ranking terbaik).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI